Wednesday, November 12, 2008

70 Dosa-Dosa Besar (Special Edition utk Dihindari..)

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "al-kabaair" beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70....Selamat membaca...

  1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan..(oleh itu,,jgn segan2 nak ajar org)
  2. Bersaksi palsu..
  3. Berjudi..
  4. Bersumpah palsu dan bohong (apalagi bersumpah demi nama Allah SWT)
  5. Berbohong..
  6. Bergambar di baju apabila sembahyang....(apalagi gambar yg x senonoh)
  7. Perempuan pelacur (jgn m'cari kekayaan di dunia dgn mengadaikan kekayaan di akhirat)
  8. Berbuat buruk terhadap yang lemah (termsk membuli)
  9. Berdebat dan memusuhi (apalagi memusuhi sesama Islam)
  10. Bersifat dayus
  11. Bercakap kasar dengan orang tua (menderhaka la nie..)
  12. Dusta nama Allah dan rasulnya
  13. Derhaka pada suami..(kpd isteri2 yg sah mengikut syariat)
  14. Derhaka pada hamba Allah (menganggap dirinya baik)
  15. Hakim derhaka (khas utk hakim2 di luar sana)
  16. Homoseksual
  17. Mengurangi timbangan (dlm perniagaan)
  18. Lari seorang hamba dari tuannya
  19. Lelaki menyerupai wanita (pondan dll...)
  20. Lari dari medan perang di jalan Allah
  21. Membunuh manusia
  22. Membunuh diri sendiri
  23. Mengamalkan sihir (boleh menjd syirik)
  24. Meninggalkan sembahyang lima waktu (solat adalah amalan ke1 yg akan dihisab kelak)
  25. Meninggalkan sembahyang jumaat
  26. Menderhaka kepada kedua ibu bapa
  27. Memutuskan hubungan silaturrahim
  28. Melakukan zina (Masya allah)
  29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
  30. Makan dari kekayaan haram
  31. Memberi dan menerima rasuah
  32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
  33. Makan riba
  34. Minum arak (dan apa2 yg memabukkan)
  35. Mencuri
  36. Merompak
  37. Melakukan kezaliman (sama ada kpd sesama manusia,,binatang@diri sendiri)
  38. Melakukan pengkhianatan
  39. Menyebut-nyebut pemberian
  40. Mengingkari janji
  41. Memfitnah
  42. Mengutuk orang islam
  43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
  44. Menipu harta rampasan
  45. Melampaui batas
  46. Menuduh zina terhadap orang baik
  47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
  48. Mempercayai nujum dan sihir
  49. Menjadi bapa sanggup
  50. Mencari kesalahan orang lain
  51. Menganggu orang lain
  52. Menganggu tetangga
  53. Menyakiti dan memaki orang islam
  54. Mengintip dan membuka rahsia orang
  55. Mencaci sahabat Nabi SAW
  56. Mengurangi wasiat
  57. Mengingkari takdir
  58. Putus asa dari rahmat Allah
  59. Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
  60. Riak dan mempamerkan diri
  61. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
  62. Sombong serta angkuh
  63. Sembelih untuk selain Allah
  64. Tidak mengeluarkan zakat
  65. Tidak berpuasa di bulan ramadhan
  66. Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
  67. Tidak istinjak selepas kencing (antara punca azab kubur)
  68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
  69. Tipu daya
  70. Wanita menyerupai lelaki

No comments: