Tuesday, November 4, 2008

Rahsia Sujud Pada Perkembangan Otak Manusia...

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan solat maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.


Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dlm penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan sahaja."Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar waktu solat yg diwajibkan oleh Islam," katanya dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan.


Beliau berkata, doktor tersebut tertarik memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dlm otak manusia tidak dimasuki darah. "Padahal, stp inci otak manusia memerlukan darah yg secukupnya utk berfungsi secara lebih normal," katanya. Menurutnya juga, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga ia tidak dapat diterima oleh akal fikiran.


Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.


Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.
Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.


Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara lebih normal," tambahnya.
P/S: Bersyukurlah atas nikmat Islam dan Iman yg telah Allah S.W.T telah berikan.....

2 comments:

racheal said...

ya, saya setuju dengan pendapat kamu..
dunia yg penuh dengan godaan syaitan..
manusia lalai.. dan meninggalkan solat..
ini menyebabkan banyak berlaku gejala PONDAN, PENGKID, dan lain2..
justeru itu,saya ingin menyeru semua untuk bersujud(solat) kepada illahi..
semoga, ini menjadikan kita manusia yg berjaya dan berdedikasi malah patuh kepada Allah..
amin yarobbal alamin.

r3pubLik said...

thanks 4 ur comment....